T

KEKELIRUAN Tentang RAWATAN ISLAM

Rawatan ISLAM atau Rawatan QURANIK ?



Seringkali masyarakat kita menamakan kaedah rawatan yg menggunakan ayat- ayat al-Quran, doa dsb dengan istilah 'rawatan  / perubatan Islam'. Sebenarnya istilah tersebut kurang tepat kerana rawatan tersebut ialah rawatan Ruqyah (lebih spesifik) yg tergolong dlm rawatan cara Sunnah.

Perbandingannya sama seperti makanan..tiada istilah makanan Islam sebaliknya yg ada ialah makanan sunnah atau makanan halal..demikian juga dengan perubatan atau rawatan,yg ada ialah rawatan sunnah atau rawatan yg dibenarkan 'Islam' yg begitu luas skopnya.

Apa jua bentuk rawatan baik cara moden atau tradisional yang bertujuan utk mengubati sesuatu penyakit menggunakan bahan, kaedah, atau cara yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam maka ia termasuk dalam 'rawatan yg diharuskan Islam'..!


Rawatan yg 'diharuskan' Islam sendiri begitu luas merangkumi banyak kaedah..sama ada yang berdasarkan wahyu Allah swt atau yang berdasarkan pengalaman atau kajian sains..sehingga ke saat ini  pun manusia terus menyelidiki dan mengkaji utk menghasilkan ubat dan penawar berkesan bagi berbagai penyakit canggih zaman kini..

Rasulullah saw sendiri awal-awal lagi telah mengajar kita beberapa cara dan kaedah rawatan yang 'diharuskan' tersebut antaranya termasuklah kaedah bekam, puasa, penggunaan bahan- bahan alami seperti madu, air zam-zam, herba tertentu spt jintan hitam, cendawan, bawang putih dll yg begitu banyak. Cara rawatan/perubatan yg diajar oleh Baginda seperti ini dinamakan Thibbun Nabawi.( Perubatan Nabi saw)



Kelebihan Rawatan ar- Ruqyah @ Quranik


Meskipun banyak cara rawatan yg dibenarkan Islam akan tetapi Rasulullah saw telah mengajar kita suatu bentuk rawatan lain...iaitulah rawatan menerusi bacaan ayat2 suci Al-Quran doa maathur dsb. Kaedah inilah yg dinamakan ar-Ruqyah Syar'iyyah atau juga disebut al- 'Ilaaj Bil Quran..

Rawatan kaedah ini dilakukan menerusi bacaan semata-mata atau adakalanya ditambah dengan tulisannya. Keduanya adalah perkara maathur yg telah diamalkan sejak zaman Sahabat dan Tabien lagi. 

Di sini dapatlah difahami bahawa rawatan menerusi ayat al-Quran doa dsb yg juga dinamakan rawatan ar-Ruqyah tergolong dlm rawatan Sunnah@ Thibbun Nabawi..


Kitab 'Thibbun Nabawi' telah ditulis oleh beberapa ulama besar seperti Ibnul Qayyim dll

Dalil Rawatan Menggunakan Tulisan Al-Quran: