Manusia di setiap zaman setiap tempat sentiasa berusaha mencari dan menghasilkan ubat penawar berbagai penyakit yang melanda kehidupan mereka. Demikian pula zaman ini bermacam- macam formula dihasilkan dan dicipta oleh manusia bagi tujuan ini.
Namun harus kita maklum bukan semua yang dipanggil 'ubat' itu bersifat penawar dalam erti kata sebenarnya. Ada ubat sekadar 'melegakan' pesakit untuk tempoh tertentu sahaja. Banyak ubat yang diambil secara berpanjangan bahkan seumur hidup hanya utk meredakan penyakit yg ditanggung. Namun tanpa disedari ubat tersebut menimbulkan berbagai kesan sampingan lain kemudiannya.
Sebenarnya sejak merdeka kita 'diasuh' menerima kaedah perubatan konvensional yg lebih banyak berorentasi 'dadah'. Bukan sahaja di negara kita bahkan hampir di seluruh dunia telah mengalami perkara yang sama. Sejak lahir lagi kita/ anak- anak kita 'diwajibkan' mengambil berbagai 'vaksin' yang berbagai nama.
Sudahkah kita meyakini aspek kesucian dan 'keamanan' vaksin tersebut meskipun telah ramai pakar2 perubatan barat sendiri mempertikaikannya..?
Kaedah rawatan yg berorentasikan dadah sebenarnya bukan menyembuh @ membuang sesuatu penyakit itu secara akar umbi sebaliknya sekadar memberikan kelegaan sementara jua..
Ubat-ubatan seperti pain killer, insulin dsb yg diambil 'secara berpanjangan'..boleh menjejaskan organ- oragn penting manusia termasuk hati, buah pinggang, jantung dll.
Samalah juga dengan kemoterapi bagi pesakit kanser...organ2 dalaman akan turut terjejas hingga terdedah kepada serangan bermacam- macam virus lain.
Atas dasar inilah disarankan bagi orang yang sedang menghidapi penyakit spt ini di samping mengambil ubat-ubatan tersebut berusahalah mencuba mana- mana produk/ rawatan alternatif lain yang bertujuan memulih penyakit mereka secara total..lebih- lebih lagi rawatan yg tiada risiko atau side effect nya..
PENAWAR ZAHIR & BATIN
" dan kamilah yg menurunkan al-Quran.. darinya terdapat penawar dan rahmat bagi orang- orang beriman.." - al-Isra': 82
Sebagai umat Islam kita sedia maklum Al-Quran yg diturunkan bukanlah sekadar sebuah kitab suci yg dibaca atau dipelajari hukum bacaan dan seni lagunya. Sebenarnya al-Quran juga adalah penawar terhebat penyakit zahir dan batin manusia. Penawar bagi individu dan masyarakat...malah penawar bagi seluruh aspek kehidupan manusia.
Peraturan dan hukum hakamnya adalah penawar...kisah dan cerita di dalamnya adalah penawar. Ayat- ayat bahkan kalilmah-kalimah nya juga adalah penawar...penawar bagi kaum yang benar- benar beriman dalam erti kata yg sebenar.
Oleh itu marilah kita berusaha memahami dan mencuba penyembuhan penyakit- penyakit zahir dan batin yg kita alami ini dgn al-Quran yg merupakan Mukjizat teragung lagi kekal abadi..والله أعلم
اللهم اشفنا واشف مرضانا وجرحانا..واشف مرضى المسلمين عامة اللهم كن لنا ولا تكن علينا واقض حوائجنا وحوائج السائلين من عبادك وانصرنا على من عادانا برحمتك ياأرحم الراحمين وصلى الله على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه الطيبيين وبارك وسلم