T

TESTIMONI

Pengalaman


" Kamilah yg menurunkan al-Quran..di dalamnya terdapat 'penawar dan rahmat' bagi org2 beriman, dan tidaklah menambahkan bagi org2 zalim kecuali kerugian.." - al-Isra': 82

Di sini kami kongsikan dengan anda beberapa pengalaman merawat beberapa pesakit. Mudah- mudahan sedikit sebanyak dapat memberikan suatu manfaat dan pengajaran malah motivasi buat kita bersama..

Kesah Pertama

Suatu ketika kami merawat seorang pesakit batu hempedu..dengan izin Allah swt  setelah hampir 2 minggu menerima rawatan tersebut batu hempedunya telah hilang. Pada masa rawatan pertama itu juga kami telah memaklumkan pesakit bahawa beliau sedang menghidapi kanser hati namun ditahap 'awal..

Beliau yg agak ragu- ragu dengan apa yg kami beritahu beberapa hari selepas itu telah pergi ke sebuah hospital swasta di selatan tanah air untuk mendapat pengesahan. Di hospital tersebut  'sedikit' hati beliau diambil untuk dianalisa..

Kemudiannya pihak hospital berkenaan juga mengesahkan apa yang telah kami beritahu sebelumnya. Dengan pantas mereka melakukan kimoterapi terhadap beliau. Dua hari selepasnya  isteri beliau kembali menghubungi kami dengan menyatakan hasrat untuk datang membuat rawatan.

Namun hasrat mereka berdua tidak kesampaian. Suaminya lebih dulu meninggal dunia pada hari kelima selepas kemoterapi tersebut. Isterinya begitu berdukacita mungkin kerana masih teringat akan pesanan kami supaya  ditangguhkan  rawatan kimoterapi dsb seandainya pihak hospital mengesahkan penyakit tersebut.

Pesakit seorang kakitangan awam yang masih muda dan boleh bekerja meskipun selalu mengadu tubuh badannya yg agak lemah..

Catatan: Sepanjang pengetahuan kami separuh dari pesakit kanser hati yang menjalani rawatan 'kimo' hayatnya tidak lama selepas itu..

Kesah Kedua

Seorang pesakit telah datang dan meminta kami merawat batuknya yang berpanjangan. Beliau juga mengakui mengidap penyakit lelah. Setelah kami periksa kami dapati batuknya itu banyak berpunca dari masalah jantungnya di samping paru-paru. Organ jantungnya mesti dirawat di samping paru-paru. Jantungnya ketika itu sangat bermasalah, pada bila- bila masa sahaja beliau boleh mengalami serangan jantung. . 

Mungkin disebabkan kurang yakin beliau menangguhkan rawatan jantung kerana baginya batuk tersebut berpunca masalah paru-parunya. Beliau mahu terus mengambil ubat batuk dan lelah dari hospital spt biasa. 

Namun dengan kehendak Ilahi..selang beberapa hari seorang kenalan pesakit telah menalifon kami dan memberitahu bahwa pesakit telah  pun meninggal dunia di hospital setelah mengalami serangan jantung.

Catatan: Penyakit batuk berpanjangan dan lelah berpotensi sebabkan serangan jantung.

Kesah Ketiga

Dalam kes lain pula  kami  merawat seorang pesakit jantung kronik yang hampir sahaja menjalani rawatan transplan. Keadaan jantungnya disahkan amat kritikal, tubuh begitu lemah dan wajahnya begitu pucat sehingga tidak mampu bertutur.

Alhamdulillah dengan izinNYA dalam tempoh kurang dari 10 hari selepas rawatan pertama keadaan fizikalnya mulai banyak berubah dan semakin pulih, mukanya kembali 'merah' dan tubuhnya semakin cergas sehingga beliau boleh bertutur..

Ringkasnya selama tempoh sebulan tersebut beliau terus meminum air terapi yg kami berikan...kesihatannya banyak berubah dan terus bertambah baik. Tubuhnya menjadi lebih kuat dan cergas. Ketika itu kami dapati penyakit jantungnya telah pulih melebihi 60%. Alhamdulillah akhirnya transplan tersebut dapat dielakkan! Kini beliau telah pulih dan kembali aktif menjalankan perniagaanya..

Catatan: Rawatan Transplan berisiko..namun berkat kemuliaan al-Quran sesuatu keajaiban boleh berlaku..

Kes Kempat:

Seorang pesakit kanser paru- paru yg telah koma hampir 2 minggu dibawa keluar dari hospital atas sebab harapan utk sembuhnya sangat tipis.

Dalam keadaan tersebut keluarga membawa pesakit keluar dari wad dan terus menemui kami . Namun dengan rahmat dan qudrat Allah swt kejaiban berlaku...setelah dirawat kurang dari sejam pesakit telah kembali sedar. Setelah itu dia dibawa pulang ke rumahnya. 

Selama di rumahnya dia telah menghabiskan air penawar khusus yg diberikan.. Alhamdulillah kesihatannya dari hari ke hari terus bertambah baik..

Namun setelah 3 tahun berlalu suatu hari kami dihubungi  oleh keluarganya memberitahu yg beliau baru shj  meninggal dunia akibat serangan jantung.

Nota: Pesakit sepatutnya mengambil rawatan kedua dlm masa 3 bulan. Namun tidak dibuat kerana keadaan beliau yg sudah begitu sehat sebagaimana kata keluarganya. Apapun Alhamdulillah beliau boleh hidup sehingga 3 tahun  slps itu sekalipun  doktor menjangkakan hayatnya tinggal kurang dari sebulan)

Kes Kelima:

Seorang wanita telah mengalami masalah yang agak kronik antara persepsi dan realiti. Di mana beliau terpaksa bercuti kerja selama beberapa bulan disebabkan masalah ‘saka’ seperti yg disangkakan. Tubuh menjadi kurus kering begitu lemah kerana sering diganggu makhluk halus.

Menurutnya pula beliau telah  berubat berbagai cara namun keadaannya masih tidak berubah sehingga akhirnya ketika beliau hampir berputus asa beliau telah diperkenalkan oleh seseorang kepada kami .

Setelah di‘scan’ kami dapati beliau hanya mengalami ‘sakat’ jua kerana beliau mempunyai masalah di jantungnya…kelemahan tersebut menyebabkan beliau mudah diganggu oleh makhluk halus.

'Kebocoran’ tertentu di jantungnya mesti dirawat @ 'ditampal'  segera. Kekurangan tersebutlah menjadi punca timbulnya minat @ gangguan makhluk2 halus terhadap dirinya..

Alhamdulillah dengan izinNYA sepanjang rawatan selama 40 hari banyak perubahan berlaku pada dirinya. Tubuhnya menjadi semakin sehat, kuat dan berisi. Akhirnya kini beliau telah kembali bekerja dan tidak lagi diganggu oleh makhluk halus tersebut.


Nota: Perlu disebutkan  bahawa kami sama sekali tidak menolak kaedah rawatan moden...rawatan moden terbukti lebih pantas dan praktikal dalam menangani kes kecemasan seperti kecederaan kemalangan, wanita bersalin dsb. Apa yg diebutkan di sini hanyalah  dlm kes tertentu sahaja..

Banyak lagi kesah lain termasuk termasuk pesakit tyroid, sawan, buasir, migrain dsb yg telah berjaya dirawat hingga sembuh dengan izin ROBBULIZZAH. Sengaja tidak disebutkan di sini demi menjimatkan ruang.