Antara perkara penting yang turut menjadi rahsia utama dalam rawatan ini ialah 'mahar'. Mahar ialah bayaran 'rawatan khusus' yg kadarnya tergantung jenis dan tahap penyakit seseorang. Adapun bagi rawatan yg tidak khusus maka jumlah sagu hatinya terserah kepada anda.
Mahar merupakan 'saguhati' pihak pesakit terhadap pihak yg memberikan khidmat rawatan tersebut. Mahar sebenarnya merupakan tanda penghargaan seseorang terhadap al-Quran itu sendiri. Mahar dalam konteks rawatan kami boleh diumpamakan seperti masinnya garam atau manisnya gula. Kerana itu 50% rahsia kesembuhan rawatan khusus terletak pada soal mahar tersebut.
Mahar mempunyai rahsia dan kelebihannya yang tertentu...kelebihan dan rahsia mahar tersebut kembali kepada pihak pesakit itu sendiri.
Mahar mempunyai rahsia dan kelebihannya yang tertentu...kelebihan dan rahsia mahar tersebut kembali kepada pihak pesakit itu sendiri.
Nota: Jumlah mahar rawatan khusus tergantung organ dan tahap penyakit yg mahu dirawat. Walaupun jumlahnya sudah ditentukan namun bagi orang yg kurang mampu diberikan keringanan dgn membayar mahar rawatannya beberapa kali..asalkan memang punya niat untuk melunaskannya kelak...
Berikut ialah antara dalil keharusan mahar berdasarkan beberapa hadith Sahih Rasulullah saw di dalam kitab Hadits Imam Bukhari.
Hadith 1
أن نفرا من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مروا بماء ، فيهم لديغ أو سليم ، فعرض لهم رجل من أهل الماء ، فقال : هل فيكم من راق ، إن في الماء رجلا لديغا أو سليما ، فانطلق رجل منهم ، فقرأ بفاتحة الكتاب على شاء ، فبرأ ، فجاء بالشاء إلى أصحابه ، فكرهوا ذلك وقالوا : أخذت على كتاب الله أجرا ، حتى قدموا المدينة ، فقالوا : يا رسول الله ، أخذ على كتاب الله أجرا ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أحق ما أخذتم عليه أجرا كتاب الله
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 5737خلاصة الدرجة: [صحيح]
Maksudnya:
Sesungguhnya sekumpulan Sahabat Rasulullah saw telah melalui suatu kawasan berair (perkampungan badwi), di situ terdapat seseorang yang terkena sengatan... Lalu datanglah seorang dari kampung tersebut bertanya kepada para Sahabat r.a : “Adakah di antara kamu orang yang boleh mengubat? Sesungguhnya ada seorang penduduk di kampung ini terkena sengatan berbisa." kata orang tersebut.
Kemudian seorang dari Sahabat bangun lalu pergi, kemudian (di sana) beliau menjampi dengan membaca al-Fatihah di atas (dengan syarat upah) beberapa ekor kambing. Setelah itu orang yang tersengat itu pun kembali pulih. Kemudian dia membawa kambing- kambing tersebut kepada kumpulan Sahabat R.A. Namun kesemua enggan menerimanya malah berkata “ Apakah kamu mengambil upah atas Kitabullah?!"
Hinggalah apabila pulang ke Madinah mereka telah menemui Rasulullah saw dan berkata: " Beliau ini telah mengambil upah atas kitab Allah!" (sambil menceritakan peristiwa tersebut). Lalu Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya perkara paling berhak kamu terima upahnya ialah Kitabullah (al-Quran)"
(Hadith riwayat Imam Bukhari)
Hadith 2
عن أبي سعيد الخدري قال انطلق نفر من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفرة سافروها حتى نزلوا على حي من أحياء العرب فاستضافوهم, فأبوا أن يضيفوهم فلدغ سيد ذلك الحي فسعوا له بكل شيء لا ينفعه، فقال بعضهم لو أتيتم هؤلآء الرهط الذين
نزلوا بكم لعله أن يكون عند بعضهم شيء، فأتوهم فقالوا ياأيها الرهط ان سيدنا لدغ وسعينا له بكل شىء لا ينفعه فهل عند أحد منكم من شيء ؟ فقال بعضهم: نعم اني والله لأرقي،ولكن والله لقد استضفناكم فلم تضيفونا فما أنا براق لكم حتى تجعلوا لنا جعلا فصالحوهم على قطيع من الغنم، فانطلق فجعل يتفل عليه ويقرأ الحمدلله رب العالمين فكأنما نشط من عقال فانطلق يمشي وما به قلبة قال فأوفوهم جعلهم الذي صالحوهم عليه،فقال بعضهم أقسموا، قال الذي رقى لا تفعلوا حتى نأتي رسول الله صلى الله عليه وسلم فنذكر له الذى كان فننظر ما يأمرنا فقدموا على رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكروا له، فقال وما يدريك أنها رقية، قال قد أصبتم أقسموا واضربوا لي معكم سهما، فضحك النبي صلى الله عليه وسلم
رواه البخاري
Maksudnya:
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri r.a katanya: sekumpulan Sahabat Rasulullah saw telah keluar bermusafir dalam satu misi hinggalah (bila malam hampir tiba) mereka berhenti di suatu perkampungan. Lalu mereka telah meminta izin penduduk kampung tersebut untuk menjadi tetamu (tumpang bermalam) namun permintaan mereka ditolak.
Kemudian ketua kampung tersebut telah disengat oleh sesuatu haiwan berbisa. Setelah puas berusaha dengan bermacam cara mengubatinya namun mereka masih tidak berjaya..
Lalu seorang antara mereka berkata : cubalah kamu temui kumpulan yang datang ke kampung ini tadi..mungkin mereka ada sesuatu yang boleh membantu kamu. Kemudian mereka pun segera menemui para Sahabat seraya berkata: " Wahai tuan-tuan semua, sesungguhnya ketua kami telah disengat binatang bisa, puas kami berusaha bermacam cara namun masih tidak berjaya.. Adakah antara kalian punyai sesuatu ? "
Lalu seorang Sahabat menjawab: "Ya ada demi Allah saya boleh merawatnya akan tetapi sesungguhnya tadi ketika kami minta izin tumpang bermalam namun kamu menolak permintaan kami, kerana itu saya tidak mahu merawatnya kecuali jika kamu setuju memberikan kami suatu upah"
Lalu mereka pun setuju membuat suatu perjanjianan dengan para sahabat atas sejumlah kambing (sebagai upah). Setelah itu Sahabat tersebut pergi, di sana dia menghembuskan orang tersebut dengan bacaan al-Fatihah, tiba- tiba orang tersebut bagaikan terlepas dari sesuatu ikatan hingga dapat berjalan dan tidak sakit lagi.
Setelah itu mereka pun menyerahkan kambing tersebut seperi yang dijanjikan kepada para Sahabat. Lalu para Sahabat berkata: agihkanlah kambing- kambing itu namun Sahabat yang merawat berkata: Jangan lakukan dahulu sehingga kita menemui dan menceritakan kepada Rasulullah saw (apa yg terjadi) dan kita lihat apakah yang akan Baginda perintahkan kelak"
Setelah pulang mereka pun menemui Rasulullah saw dan menceritakan peristiwa tersebut. Lalu Rasulullah saw bersabda: Bagaimana kamu tahu ia suatu ‘jampi’? ( yakni al-Fatihah )
Kemudian Baginda pun bersabda : Sungguh, memang benar tindakan kamu, agihkanlah...berikan daku sama sedikit darinya..kemudian Rasulullah saw tertawa..
Kemudian Baginda pun bersabda : Sungguh, memang benar tindakan kamu, agihkanlah...berikan daku sama sedikit darinya..kemudian Rasulullah saw tertawa..
(hadith Riwayat Imam Bukhari)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين