T

Gangguan Halus : SAKA atau SAKAT?





Saka merupakan fenomena gangguan makhluk halus tertentu yg sifatnya khusus terhadap  diri seseorang yg pernah diambil @ dijadikan sebagai teman @ khadam samaada oleh dirinya sendiri atau pun keturunan silamnya. Biasanya bila kehendak 'khadam' tersebut mula diabaikan atau setelah berlalu tempoh masa tertentu lebih- lebih lagi setelah kematian 'tuan' yang asal mulalah timbul gangguan tersebut..

Namun sebahagian dari apa yang disangka sebagai saka itu sebenarnya bukanlah saka tetapi adalah 'sakat'. Walaupun sama seperti saka segi wujudnya gangguan makhluk halus namun sakat berbeza dari saka segi sifatnya yang umum. Sakat tiada kaitan dengan makhluk halus@ khadam yg pernah dibela atau dijaga oleh seseorang atau datuk nenek  sblmnya.

Ini kerana sakat boleh berlaku pada sesiapa juga..malah sakat merupakan fenomena yg biasa berlaku bagi seseorang yg mempunyai keadaan atau sifat  tertentu. 

Agak sukar menentukan apakah sesuatu gangguan itu berpunca dari saka atau pun sakat kecuali oleh orang yg arif jua kerana soal gangguan halus adalah suatu hal yg begitu subjektif...banyak sebab dan faktor seseorang itu boleh mengalami gangguan tersebut. Antaranya ialah: 
  1. Kurangnya hubungan seseorang dengan Allah swt..lemahnya nur iman  dalam diri seseorang adalah antara sebab mudahnya mendapat gangguan
  2. Tubuh badan dan minda yg lemah akibat sesuatu penyakit fizikal tetentu
  3. Di dalam / sekitar rumah terdapat patung atau gambar makhluk yg lengkap beranggota
  4. Memasuki tempat2 yg tiada berpenghuni spt hutan atau rumah yg lama ditinggalkan
  5. Wanita yg sgt suka bertabrruj / bersolek 
  6. Seseorang yg terlampau berduka  atau gembira
  7. Disihir orang dsb

Namun sepanjang pengetahuan kami antara sebab  yg sering membuatkan seseorang itu mudah diganggu oleh mahkluk jahat ialah spt yg dinyatakan pada no 2 tersebut. 

Seseorang yg menghidap penyakit atau masalah fizikal tertentu seperti kanser, masalah jantung, ketumbuhan dsb..berpotensi diganggu oleh makhluk halus. Ini kerana seseorang yg menghidapi penyakit- penyakit yg disebutkan selalunya aspek kerohanian/spiritualnya juga akan turut menjadi lemah !

Tidak dinafikan wujudnya gangguan saka dalam masyarakat kita...namun hanya orang yang ahli jua dapat mengenal pasti apakah seseorang itu mengalami gangguan saka atau  sakat seperti yg sudah diterangkan..

Walaupun kami bukanlah pakar dalam merawat saka secara khusus namun insyaallah kami akan cuba membantu anda yg sering mengalami masalah gangguan baik saka atau sakat sesuai imu dan pengalaman yg ada agar masalah gangguan yg anda hadapi akan dapat diatasi. Alhamdulillah kami pernah merawat beberapa pesakit masalah gangguan halus juga sihir yg telah lama berikhtiar ke sana sini sebelum ini sehingga mereka menjadi pulih dengan izin dan pertolongan Allah swt..

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadith yg panjang, antara lain Baginda menyebut:

ألآ إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألآ وهي القلب
  رواه البخاري ومسلم

 " Ketahuilah bahawa di dalam tubuh (anak Adam) itu ada seketul daging ...jika ia baik (sehat) maka akan baiklah seluruh tubuhnya dan jika ia rosak (sakit) maka akan rosaklah seluruh anggotanya yang lain. Iaitulah jantung! " 





Nota: Terjemahan yg betul bagi perkataan al-Qalb (القلب) adalah jantung bukannya hati seperti yg sering disangka ramai..adapun hati ialah al-kabd ( الكبد )





Hukama' pernah menyebut :

العقل السليم في الجسم السليم 
"Akal yang sehat berada pada tubuh yang sehat".

Sebahagian ulama seperti Imam al-Ghazali  menafsirkan akal sebagai roh. Kerana itu orang yang tubuhnya telah lemah disebabkan oleh sesuatu penyakit, kekurangan atau kecacatan tertentu keadaan itu boleh menyebabkan aspek rohaninya turut terkesan dan menjadi lemah. 

Keadaan seseorang yg seperti ini diambil kesempatan oleh makhluk- makhluk halus jahat untuk mengganggunya..

Pernah beberapa orang yang bertahun-tahun berubat  konon utk mengubati 'saka'nya  tetapi masih belum sembuh menghubungi kami utk membuat rawatan. Kemudian ketika mahu merawat mereka...kami dapati wujudnya penyakit fizikal tertentu yg mereka tidak sedari. Kami pun fokus merawat penyakit tersebut..alhamdulillah dengan izinNYA masalah gangguan tersebut hilang dengan sendirinya..ajaib bukan?


Di bawah satu contoh Ruqyah Syar'iyyah bagi memulihkan tubuh dan minda pesakit dari gangguan dan sentuhan makhluk halus..:



Wallahu A'lam