T

Sunday, April 10, 2022

Serambi

AN-NAWAA

KEAJAIBAN   TERAPI   AL-QURAN 



“ Sebaik-baik ubat adalah al- Quran ” - riwayat Ibnu Majah




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله الطاهرين وصحبه الطيبين أجمعين أما بعد 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Pengunjung yang dihormati, 

Serangan penyakit jantung dan barah kini menjadi perkara biasa hingga diakui sebagai 'the top silent killer' dan penyebab kematian seseorang. Setiap hari angka bilangan kematian akibat dua penyakit ini terus meningkat. Akhbar- akhbar juga sering menyiarkan berita- berita kematian termasuk individu- individu terkenal yang dipercayai ada kaitan dengan dua penyakit ini. 

Dalam satu fenomena lain..kejadian mati 'mengejut' seperti ketika sedang tidur, memandu, makan, mandi, ketika berkerja, bersukan, beriadah bahkan ketika sedang beribadah juga semakin sering berlaku yang ada kalanya melibatkan rakan sepejabat atau ahli keluarga terdekat kita sendiri. 

Sebenarnya kejadian seperti ini ada diberitahu oleh Nabi saw sebagai sebahagian dari tanda- tanda akhir zaman

Sungguh pun demikian bagi orang yang beringat dan peka..kejadian seperti ini insyaAllah boleh dielakkan. Walaupun kematian adalah perkara takdir yg berlaku bila tibanya ajal seseorang, namun setiap kejadian itu bersebab....kerana kehidupan manusia di dunia ini sentiasa diikat' antara sebab dan musabbab sebagai suatu sunnatul hayah yg telah ditetapkan oleh Allah swt selaku Pencipta alam semesta ini..


Perut  'Rumah' Penyakit

Punca penyakit manusia umumnya begitu sinonim dengan budaya dan soal-soal makan minum. Ada satu  ungkapan yg sering kita dengar " you are what you eat ". Rata- rata orang zaman sekarang akibat kesibukan atau kepenatan dalam mencari nafkah dan keperluan hidup menjadi mudah mengambil makanan atau minuman yg zahirnya kelihatan begitu enak dan lazat namun terkadang jelas mengandungi elemen tertentu yg ada 'side effect'nya jika kerap diambil..apatah lagi jika memang sudah dijadikan suatu rutin harian atau 'budaya'..

Minum ais contohnya meskipun diakui ada mempunyai beberapa kelebihan dan kebaikan seperti dapat menghilang stress, kepanasan, sakit akibat bengkak, luka dsb namun  menurut beberapa kajian pakar amalan atau budaya meminumnya pada 'setiap kali' mengambil makanan berat yg sarat dengan minyak, lemak, kolestrol dsb boleh menyebabkan bahagian- bahagian penting..termasuk pembuluh  darah di jantung 'diliputi' lemak/ kolestrol...gejala tersebut lambat laun boleh membahayakan jantung..!



Trend membungkus makanan dan minuman yg panas menggunakan bekas plastik atau polistrin juga diketahui boleh memberikan kesan tidak baik bagi kesihatan tubuh badan..termasuklah potensi untuk berlakunya kanser dalaman akibat tindak balas kimia pada bekas- bekas seperti itu.


















Antara tanda- tanda mengalami masalah jantung ialah sering rasa sakit di dada, kepala, mudah penat, tercungap- cungap ketika menaiki tangga, selalu berdebar- debar, batuk berpanjangan, perut berangin @ kembung dll.















IKHTIAR SEBELUM TERLAMBAT

Jika anda sudah mula mengalami masalah kesihatan dan gejala- gejala tertentu seperti disebutkan di atas segeralah membuat pemeriksaan kesihatan dan seterusnya mengambil langkah awal dengan membuat rawatan pencegahan sebelum menjadi bertambah serius sehingga memberikan kejutan pada anda. 

Bagi anda yg sudah lama menghidapi penyakit- penyakit seperti kanser, jantung, asma, migrain dsb pula janganlah ambil mudah tentang penyakit anda atau pun berputus asa. Sebenarnya anda masih boleh pulih asalkan anda bersabar dalam berikhtiar..yakinlah akan keagungan rahmat danqudrat Allah swt..

Anda boleh mencuba mana- mana produk atau kaedah rawatan yang anda mampu asalkan anda yakin ia tidak mempunyai mudharat 'sampingan' atau pun sebarang risiko besar'..

Alhamdulillah..seiring dengan perkembangan dunia rawatan alternatif dewasa ini kami juga sedia memberikan khidmat rawatan alternatif- tradisional bagi menangani sebahagian masalah kesihatan. Khasnya yang berkaitan masalah dengan organ dalaman tertentu spt masalah jantung, paru- paru, hempedu, hati, buah pinggang dsb melalui kaedah Hikmah khusus Quranic Healing warisan para Hukamaa' silam. 

Sebenarnya ramai orang yang keliru dan menyangka rawatan kaedah al-Quran dan ruqyah, doa seperti ini hanya sesuai untuk penyakit/ masalah berkaitan gangguan jin atau makhluk halus semata- mata...sedangkan hakikatnya bukan itu sahaja 'kelebihan-kebaikan' rawatan Quranic tersebut malah terbukti dan mampu dalam merawat masalah/penyakit- penyakit fizikal / organ dalaman manusia.

Kemukjizatan dan 'karamah' al-Quran sebenarnya boleh menangani penyakit zahir dan batin manusia menerusi kaedah tertentu. Insyaallah kami di sini sedikit sebanyak telah pernah membuktikan dengan izin Allah swt bahawasanya kelebihan dan 'kemuliaan' al-Quran boleh merawat penyakit- penyakit fizikal termasuk kanser, tumor, jantung dll sesuai maksud ayat 82 dari surah al-Isra'..

Walaupun mungkin bagi sebahagian orang kaedah rawatan  ini tidak logik, sangat simple dsb..namun alhamdulillah dan biidznillah berkat kaedah seperti ini telah ramai pesakit yg pernah kami bantu sehingga keadaan mereka bertambah baik dan kembali sembuh. 

Bagi anda yg berhajat bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.. 

Wallahu A'lam..





" Dialah Tuhan yg menghidup dan mematikan.. Lalu apabila Dia menghendaki sesuatu perkara maka cukup dengan DIA  berkata baginya: Jadilah...maka jadilah ia.."